Format rancangan Awesome_Raja_Lawak

Program ‘Awesome Raja Lawak’ bakal dikendalikan sepenuhnya oleh Chiwan dan Nizam JJ yang telah diberi kepercayaan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai hos musim ini.

14 peserta yang akan berentap di pentas utama ‘Awesome Raja Lawak’ untuk membuktikan bakat dan kebolehan masing-masing dalam bidang Komedi pula adalah terdiri daripada 4 peserta Solo iaitu.....

Manakala _ peserta Duo pula termasuklah..... Kesemua mereka akan dibahagikan kepada tiga buah kumpulan dan diletakkan di bawah pengawasan manager yang telah dilantik sepanjang pertandingan berlangsung.

Manakala 3 pelawak terkenal tanahair iaitu Ajak, Issey dan Tauke telah diberi mandat selaku manager yang akan memberi idea, tunjuk ajar dan bimbingan kepada 4 orang peserta di bawah naungan mereka.

Bagi merancakkan lagi cabaran program ini, kesemua manager juga akan diberi tugasan mingguan yang perlu dinilai oleh barisan juri. Manager yang berjaya merangkul persembahan terbaik setiap minggu akan menerima ganjaran istimewa.

Sistem pemarkahan program ‘Awesome Raja Lawak’ pula akan diadili 100% oleh pihak juri tetap berdasarkan tiga komponen utama penilaian iaitu aspek vokal yang mewakili 50%, persembahan sebanyak 30% dan 20% lagi untuk kreativiti.

Uniknya, markah Peserta yang tertinggi akan dicampurkan dengan markah peserta terendah. Kumpulan yang mencatat markah keseluruhan terendah akan mara ke pusingan penyingkiran. Peserta yang akan tersingkir pada setiap minggu akan dipilih oleh manager kumpulan itu sendiri.

Tiga nama besar yang dilantik sebagai juri tetap program ‘Awesome Raja Lawak’ ialah Saiful Apek sebagai Master Jury, Ayda Jebat serta Khir Rahman.

Berkaitan